Apa itu Gamat dan Kelebihannya?
Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini
di sebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah,
kuasa penyembuhannya telah di agungkan dan di manfaatkan oleh nenek
moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu.
Tergolong
didalam filum Ekinodermata, spesis Timun Laut yang didapati berkesan
dari segi nilai keberkesanannya adalah daripada genus Sticophus atau
lebih dikenali Gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat
termasuklah 'balat' 'bat' 'brunok' 'trepang atau 'hoi-sum'.
Hampir 42 spesis Timun Laut telah dikenalpasti di perairan Malaysia
sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.Umumnya haiwan
ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai
bukaan di bahagian anterior dan posterior.
Pembiakan
boleh secara seksual atau aseksual. Ianya adalah haiwan detritus iaitu
makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat
menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang
efisyen iaitu mengeluarkan Holothurinyang toksik dan dapat melumpuhkan
haiwan kecil.
Holothurin dikeluarkan
oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai Kuvier. Sebatian ini telah
dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang
intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah Holothurin yang utama yang
dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan
sebagai antifungus.
Kajian Timun Laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan penyelidik lain
misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti
Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Kumpulan
penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu
tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti baha-bahan bioaktif
didalam Gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yang terdiri
lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof Dr. Ridzuwan Hashim (PMK).
Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurang kan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit 'Strok' dan 'Jantung'.
Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel disamping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif didalam Gamat turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurang kan kerosakan sel dan tisu tubuh. Ia juga penting untuk menjamin kesuburan badan.
Kesan anti-bakteria anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan anti-nosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak).
Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit Aids.
Secara tradisional pula, GAMAT dipercayai berkesan
- untuk meningakatan kesihatan badan,
- mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman,
- mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot,
- menghindari masaalah alahan dan lelah,
- melawan radang dan meredakan bengkak,
- melancarkan pengaliran darah,
- memulihkan sistem peranakan selepas bersalin,
- masaalah resdung, buasir dalam dan luar,
- mencantikkan kulit dan awet muda,
- meningkatkan metabolisma dan membantu masaalah keletihan,
- menghindari sembelit dan masaalah buasir, menguatkan tenaga batin,
- melegakan migrain
- mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis, kolestrol serta lain-lain lagi.

No comments:
Post a Comment